Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri santuni peniaga kecil di Pasar Sampun, Pasar Tambirat 
  • TEMPATAN

TYT, isteri santuni peniaga kecil di Pasar Sampun, Pasar Tambirat 

Utusan Sarawak 2 months ago
Gambar sekitar kunjungan Tun Pehin dan Toh Puan ke Pasar Sampun dan Pasar Tambirat. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak

SADONG JAYA: Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, serta anakanda mereka sempat singgah di Pasar Sampun dan Pasar Tambirat dalam perjalanan pulang ke Kuching hari ini.

Pasar-pasar ini menawarkan pelbagai hasil tempatan seperti sayur-sayuran segar, makanan tradisional, serta kraftangan yang diusahakan oleh peniaga kecil dan komuniti setempat. 

Dalam kesempatan ini, Tun Pehin dan Toh Puan turut menyokong para usahawan dengan membeli hasil jualan mereka.

“Sokongan terhadap peniaga kecil amat penting dalam mengukuhkan ekonomi tempatan dan memastikan kelangsungan industri berasaskan komuniti,” kata Tun Pehin Sri yang menzahirkan penghargaan terhadap usaha gigih para peniaga dalam mencari rezeki.

Terdahulu, Tuan Yang Terutama menziarahi pusara ayahanda tercinta, Allahyarham Tuanku Jaafar Tuanku Sham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya.

Continue Reading

Previous: Sebar keprihatinan, nilai kemanusiaan
Next: Ramadan didik jiwa, takwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.