KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, hari ini meluangkan masa untuk mengunjungi kediaman mereka di Green Road di sini selepas menziarahi keluarga mendiang jiran lama.
Di kediaman tersebut, beliau mengambil kesempatan untuk meninjau kebun buah-buahan yang telah lama diusahakan, serta memberi makan ikan peliharaan, aktiviti yang sentiasa memberikan ketenangan.
Wan Junaidi untuk membawa pelawat melihat koleksi peribadi yang terdiri daripada ribuan buku dalam pelbagai bidang, serta koleksi topi dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Afrika, Jepun, Rusia, China, Kazakhstan, Australia, Turkmenistan, Pakistan, India, dan banyak lagi.
Koleksi tersebut menyimpan banyak memori berharga dan kisah peribadi yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.