Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Turun padang tidak bermusim
  • TEMPATAN

Turun padang tidak bermusim

Utusan Sarawak 5 years ago
SENTIASA PRIHATIN…Berjumpa, bertanya khabar dan mendengar sendiri keluhan rakyat mengenai isu di peringkat kampung merupakan kaedah sering diterapkan oleh ADUN Beting Maro, Razaili Gapor.

BELADIN: Aktiviti turun padang oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, tidak timbul isu pemimpin GPS hanya muncul mendekati rakyat ketika musim pilihan raya sahaja.

“Pemimpin GPS sentiasa dilihat turun padang dan bekerja dengan sepakat serta melakukan perbincangan bersama rakyat sekiranya mendapati wujud permasalahan di kawasan.

“Aktiviti turun padang oleh pemimpin GPS di sesebuah kawasan adalah merupakan amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan penduduk setempat dan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin dan rakyat perlu mempunyai kesepakatan erat malah, setiap permasalahan yang wujud dibincang bersama agar setiap pembangunan yang diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Menurut Razaili, kaedah ini bukan sahaja mendekatkan pemimpin dengan rakyat, tetapi juga cara terbaik bagi pemimpin mengetahui secara terus permasalahan yang dihadapi rakyat.

Menurutnya lagi, pendekatan seperti itu sejajar dengan perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengutamakan keperluan rakyat Sarawak termasuk mereka di kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini.

“Sudah pasti saya akan memberikan perhatian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Apa pun masalah mereka, kita akan tetap memberikan keutamaan walaupun ada sebahagiannya terpaksa diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” ujar beliau.

Dalam perkembangan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, Razaili berkata, walaupun sedikit kelewatan, tetapi perkembangan projek terbabit di konstituensi itu berjalan lancar.

“Kelewatan ini adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan banyak projek pembangunan ditangguhkan di DUN Beting Maro.

“Ketika ini kesemua kerja pembinaan projek RTP di DUN Beting Maro ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan agensi pelaksana,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar
Next: Hospital Miri cari waris pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.