Turki nafi tembak jatuh pesawat perang Armenia

Facebook
WhatsApp
PENAFIAN… Dakwaan mengatakan Turki menembak jatuh jet pejuang Armenia adalah tidak benar, kata pengarah komunikasi pejabat Presiden

ANKARA: Turki pada Selasa menafikan dakwaan Armenia bahawa jet pejuang F-16 Turki menembak jatuh pesawat perang SU-25 Armenia ketika berlangsungnya konflik antara Armenia dan Azerbaijan, lapor agensi berita Xinhua.

“Dakwaan mengatakan Turki menembak jatuh jet pejuang Armenia adalah tidak benar,” kata Fahrettin Altun, pengarah komunikasi pejabat Presiden.

Armenia dan Azerbaijan telah bertempur di wilayah pergunungan Nagorno-Karabakh sejak 1988. Rundingan damai telah diadakan sejak 1994 ketika persetujuan gencatan senjata dicapai, bagaimanapun sesekali masih ada pertempuran kecil di sepanjang sempadan.

Satu pertempuran bersenjata telah berlaku pada  Ahad di sepanjang sempadan di wilayah Nagorno-Karabakh. Pertembungan yang berterusan dilaporkan telah mengorbankan banyak nyawa dan kehilangan harta benda. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara