Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tuntutan subsidi ayam & telur: Presiden persatuan penternakan ditahan SPRM
  • JENAYAH

Tuntutan subsidi ayam & telur: Presiden persatuan penternakan ditahan SPRM

Utusan Sarawak 2 years ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang presiden persatuan penternakan semalam, selepas disyaki memberi suapan kira-kira RM17,000 kepada pegawai di sebuah kementerian bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur.

Lelaki berusia 40-an itu yang juga seorang pengarah syarikat, ditahan bersama seorang pekerjanya pada kira-kira 6.30 petang, ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Pengarah syarikat itu kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 22 Oktober selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan permohonan SPRM yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, manakala pekerjanya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM160,000 ditipu ‘Sarjan Yap’
Next: PDRM tahan 392 individu, rampas barangan seludup bernilai lebih RM200 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.