Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi
  • TEMPATAN

Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Utusan Sarawak 3 years ago
SEMANGAT … Datuk Talib Zulpilip bersama pencadang, Asiah Hamdan dan penyokong, Isa Megong di Pusat Penamaan Calon DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu, Isnin lalu.

BINTULU: Kesinambungan projek pembangunan di sesuatu kawasan yang telah dirancang dengan teliti oleh kerajaan sebelum ini bergantung kepada siapa yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Justeru itu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip selaku penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menyeru pengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab dan memilih pihak yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat.

“Banyak projek pembangunan dirancang serta dilaksanakan dan yang terbaharu adalah Jepak Jaya.

“Sebelum ini, projek-projek yang telah dilaksanakan adalah seperti bangunan sekolah, jalan, dewan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat diperkukuh demi meneruskan projek-projek yang sedang atau akan dilaksanakan.

“Apa yang kita mahu adalah pembangunan berterusan. Kalau pilih orang lain, maka projek-projek di bawah Kerajaan GPS akan tergendala.

“Apabila kita salah pilih, kita sendiri yang akan terkena,” ujarnya ketika ditemui pihak media, Isnin lalu.

Datuk Talib menjadi wakil rakyat selama lima penggal apabila beliau berjaya mempertahan kerusi itu pada PRN lepas dengan menewaskan calon PKR, Abdul Jalil Bujang yang memperoleh 2,141 UNDI, calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kiprawi Aman (406), calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Mohamad Anuar Hamid (136) dan calon Bebas, Wong Hau Ming (190).

Pada PRN ke-12 kali ini, beliau akan berhadapan dengan calon PBS, Dr Raba’ah Tudin, calon Stevenson Joseph Sumbang dan calon Bebas, Tuan Kazan.

Continue Reading

Previous: Tidak pandang rendah calon lain – Chee Kadir
Next: GPS LANCAR MANIFESTO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.