Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Ibu
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Ibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan penghargaan dan ucapan selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu di negeri ini bersempena sambutan Hari Ibu yang diraikan esok. 

Dalam perutusan khas sempena Hari Ibu, Tun Wan Junaidi menegaskan bahawa pengorbanan seorang ibu tidak dapat ditandingi dengan sebarang harta di dunia. Malah, ibu adalah insan yang mendidik, membimbing dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan ketabahan, meskipun terpaksa berkorban tenaga, masa dan air mata.

“Di tangan seorang ibu terbentuklah generasi masa depan; pemimpin yang bijaksana, insan berbakti kepada masyarakat, negeri, negara dan dunia,” katanya.

Menurut beliau, rumah tangga merupakan madrasah pertama dalam kehidupan, manakala ibu pula adalah pendidik utama yang membentuk sahsiah, karakter dan nilai murni dalam diri anak-anak.

Jelasnya lagi, sejarah membuktikan bahawa di sebalik kejayaan seorang tokoh atau pemimpin hebat, pasti ada seorang ibu yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyeru seluruh masyarakat agar tidak menunggu hari tertentu untuk menghargai ibu, sebaliknya menjadikan amalan berbakti kepada ibu sebagai satu usaha berterusan sepanjang hayat.

“Sambutan Hari Ibu bukan sekadar hari untuk memberi hadiah atau ucapan, tetapi satu peringatan tentang betapa besarnya peranan ibu dalam hidup kita. Doa ibu adalah senjata paling ampuh, penawar segala duka,” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat agar sentiasa meluangkan masa bersama ibu, menunjukkan kasih sayang, dan tidak berlengah untuk mengucapkan terima kasih selagi mereka masih ada.

Bagi mereka yang telah kehilangan ibu, beliau menggalakkan agar terus mendoakan dan melakukan amal jariah sebagai tanda kasih yang berpanjangan.

Peranan ibu, katanya, bukan hanya dituntut oleh budaya dan adat tetapi juga diperakui dalam ajaran agama, di mana dalam Islam, syurga itu diibaratkan di bawah telapak kaki ibu, menggambarkan kedudukan mulia dan penghormatan yang sewajarnya diberikan kepada insan istimewa itu.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Ibu
Next: SIBG 2025 beri impak ekonomi setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.