Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Ibu
  • SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Ibu

Utusan Sarawak 5 days ago
FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

Sultan Ibrahim bertitah menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu bukanlah amalan bermusim atau terikat pada tarikh tertentu sahaja.

“Sebagaimana dititikberatkan dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa ibu adalah insan yang mulia, diperintahkan Allah untuk berbuat baik kepadanya. Begitu juga berbakti kepada ibu kerana syurga berada di bawah kedua kakinya,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah Seri Paduka Baginda sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan seorang isteri yang amat penyayang kepada anak-anak.

“Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

-Bernama

Tags: SEMASA'

Continue Reading

Previous: 3,708 individu di Sarawak dapat PDL B2 melalui MyLesen JPJ
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Ibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.