Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi UTS
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi UTS

Utusan Sarawak 15 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Astana Negeri, hari ini. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Astana Negeri, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengemukakan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bagi menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang akan berlangsung pada 8 November 2025, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, Sibu.

Delegasi UTS yang hadir diketuai oleh Naib Canselor UTS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, bersama isteri beliau, Datin Dayang Mariani Abang Zain.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Shahril Osman, Pendaftar, Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman, Bursar, Dr. Rabuan Mantine, Dekan Pusat Pengajian Alam Bina, Assoc. Prof. Sr. Dr. Kan Fock Kui, Ketua Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Pendaftaran, Aspa’ Aida Mohamad serta Ketua Jabatan Pentadbiran dan Perhubungan Korporat, Mohd Ian Daim Mahmud.

Majlis Konvokesyen Ke-10 UTS pada tahun ini meraikan seramai 155 graduan daripada pelbagai fakulti termasuk Sekolah Pengajian Pascasiswazah, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi, serta Sekolah Pengkomputeran dan Media Kreatif.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak universiti atas penganjuran majlis konvokesyen berprestij ini, serta menyatakan harapan agar UTS terus memainkan peranan penting dalam memperkasa pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari
Next: AZAM Sarawak perkukuh jalinan strategik, sertai Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 di Kuala Lumpur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.