Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari

Facebook
WhatsApp
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menerima kunjungan hormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di pejabat rasmi Yang di-Pertua Negeri. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di pejabat rasmi Yang di-Pertua Negeri.

Pertemuan ini adalah sesi Pra-Majlis menjelang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak di mana Abang Johari membentangkan beberapa perkara penting kepada Tun Wan Junaidi selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Sarawak.

Tun Wan Junaidi telah menyampaikan beberapa pandangan kepada Abang Johari untuk pertimbangan beliau.

Tun Wan Junaidi yakin bahawa di bawah kepimpinan Abang Joahri, Sarawak akan terus maju dan makmur, aman dan damai di mana rakyat terus memelihara perpaduan dan keharmonian.