
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan daripada Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali di kediaman rasmi, Kasuma Resort, di sini, hari ini.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Bahagian Penyelidikan, Dr Jady@Zaidi Hassim serta Peguam Kanan Negeri, Mohd Adzrul Adzlan.
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat serta mengemas kini Tun Wan Junaidi mengenai pelbagai perkara berkaitan undang-undang dan isu-isu perundangan negeri.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pandangan serta pengalaman dalam bidang perundangan dan keselamatan untuk manfaat Jabatan Peguam Besar Negeri, sekali gus demi kesejahteraan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.