Tun Wan Junaidi terima kunjungan Peguam Besar Sarawak

Facebook
WhatsApp
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan daripada Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan daripada Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali di kediaman rasmi, Kasuma Resort, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Bahagian Penyelidikan, Dr Jady@Zaidi Hassim serta Peguam Kanan Negeri, Mohd Adzrul Adzlan.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat serta mengemas kini Tun Wan Junaidi mengenai pelbagai perkara berkaitan undang-undang dan isu-isu perundangan negeri.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan daripada Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pandangan serta pengalaman dalam bidang perundangan dan keselamatan untuk manfaat Jabatan Peguam Besar Negeri, sekali gus demi kesejahteraan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia