Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi sokong usaha PERKTHIS perkasa komuniti Tionghua Muslim
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi sokong usaha PERKTHIS perkasa komuniti Tionghua Muslim

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KUNJUNGAN HORMAT… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat delegasi PERKTHIS yang diketuai Presidennya, Mortadha Lau Abdullah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri, Petra Jaya hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan sokongan terhadap usaha Persatuan Kebajikan Tionghua Islam Sarawak (PERKTHIS) dalam memperkasa komuniti Tionghua Muslim menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan projek pembangunan.

Dalam kunjungan hormat delegasi PERKTHIS yang diketuai Presidennya, Mortadha Lau Abdullah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak, hari ini, delegasi turut berkongsi perkembangan terkini projek pembinaan Pusat Kebudayaan Islam Cina yang akan dibangunkan di Jalan Bako, Kuching.

Pusat yang bakal menjadi mercu tanda baharu Sarawak itu akan berfungsi sebagai wadah integrasi sosial dan perpaduan antara komuniti pelbagai kaum.

Ia bukan sahaja menyediakan kemudahan ibadah dan ruang komuniti, malah menjadi pusat rujukan bagi bukan Islam yang berminat mendalami ajaran Islam.

Tun Pehin Sri mengalu-alukan usaha PERKTHIS dalam mempromosikan keharmonian sosial dan menyeru agar inisiatif seperti ini diteruskan untuk membina Sarawak yang lebih makmur dan sejahtera.

Turut hadir Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Presiden PERKTHIS, Muhammad Luk Sulaiman Luk; Naib Presiden, Lukhman Ting Abdullah, Setiausaha, Nur Aisyah Chan Abdullah, serta beberapa ahli jawatankuasa lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Highway cuts off landowner’s access, Wilfred Yap seeks urgent solution
Next: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kuching dan Samarahan jayakan AGM ke-48

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.