
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menikmati sarapan pagi bersama keluarga di Old Rex Cucur Udang Cafe, Jalan Nanas, di sini hari ini.
Turut serta dalam sesi santai bersama keluarga itu ialah anak mereka, Sharifah Fariah, serta cucu tersayang, Athena.

Dalam suasana yang mesra dan sederhana, Tun Wan Junaidi turut berkesempatan bertemu dengan kenalan lama, antaranya Ahmad Ebon, Datuk Mazlan Bugo, dan Joseph Yong.
Beberapa pengunjung turut mengambil peluang untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

Laksa Sarawak dan mi goreng kekal menjadi pilihan utama hidangan keluarga Tun Wan Junaidi.
Meskipun sudah agak lama tidak berkunjung, keenakan dan keaslian hidangan di premis tersebut masih kekal seperti dahulu ujar beliau.
Tun Wan Junaidi turut berharap agar hujung minggu dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Sarawak untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni.