Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi bertemu sahabat lama
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi bertemu sahabat lama

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan pertemuan untuk bersarapan pagi bersama Tan Sri Azhar Azizan @ Harun, dan Datuk Seri Azman Ujang serta Tengku Fauzi di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pagi ini.

Dalam suasana mesra, Tun Wan Junaidi berkesempatan berbincang serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Pertemuan ini turut mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Tan Sri Azhar Azizan, yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, manakala Datuk Seri Azman Ujang pula adalah seorang wartawan veteran serta mantan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Tun Wan Junaidi berharap agar hubungan silaturahim ini terus kekal erat, dan menzahirkan doa agar semua kenalan serta sahabat handai sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan dalam segala lapangan.

Terdahulu, semalam, Tun Wan Junaidi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung 10.00 pagi, semalam di Istana Negara, di sini.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat ini adalah taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, yang diikuti dengan perbincangan rasmi Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, serta Ketua-Ketua Menteri dari seluruh negara.

Setelah mesyuarat, Tun Wan Junaidi menyatakan harapan agar institusi beraja terus menjadi payung kedaulatan negara, mengukuhkan kestabilan serta keharmonian rakyat, dan berharap setiap keputusan yang dicapai dapat memperkukuh tadbir urus negara, membawa kemajuan dan manfaat berpanjangan untuk agama, bangsa, dan negara.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan terima taklimat misi bantuan banjir untuk penduduk di Sarawak
Next: Mangsa kurang, keadaan banjir dalam pasca pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.