KUCHING: Kerjasama erat antara sektor perbankan dan kerajaan negeri amat penting dalam memastikan pembangunan ekonomi Sarawak terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama Kumpulan Affin, dalam satu sesi sarapan pagi, bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Dalam pertemuan ini, Tun Wan Junaidi menyambut baik komitmen kumpulan itu dalam menyediakan perkhidmatan perbankan yang inklusif, dan lestari bagi menyokong pembangunan ekonomi Sarawak.
Turut bersama, isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi.
Sementara itu, Kumpulan Affin diketuai Pengerusi Affin Bank Berhad Dato’ Agil Natt, dan isteri Datin Sharifah Fatmah Alhabshi diiringi oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah, dan isteri Datin Wan Deneena Liza.
Turut serta, Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad Mohammad Fairuz Mohd Radi, Pengarah Perbankan Sarawak, Affin Bank Berhad Victor Liew Wui Tak serta Pengarah Urusan Isman Ariffin.