Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib terima kunjungan SUP Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Taib terima kunjungan SUP Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sarawak, Datuk Mohammad Shahabuddin Omar, di Demak Jaya, di sini, semalam.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan berkenaan persaraan beliau yang akan bermula pada 3 April 2021.

Shahabuddin sebelum ini pernah berkhidmat di Sarawak selama 12 tahun sebelum bertugas di Semenanjung yang mana kemudiannya pada tahun 2019 beliau balik semula ke Sarawak sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak sehingga sekarang.

Dalam pertemuan tersebut, beliau secara peribadinya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tun Taib kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berkhidmat sebagai penjawat awam khasnya memimpin kakitangan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak ini.

Ketika ditanya pemberita mengenai penularan berita palsu berkenaan Covid-19 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) di media sosial, Shahabuddin mengingatkan semua penjawat awam di Negeri Sarawak agar berhati-hati dalam menyebar sesuatu maklumat dan perlu membuat rujukan dengan memastikan maklumat tersebut adalah benar-benar sahih kerana jika didapati menyebar maklumat palsu tindakan tatatertib akan diambil.

Ujarnya lagi, beliau amat berpuas hati kerana setakat ini tiada penjawat awam persekutuan di Sarawak yang terlibat dengan kes penyebaran maklumat palsu.- Penerangan

Continue Reading

Previous: 11 pengusaha bas terima DBSPB
Next: Tujuh Ketua Kaum terima sijil pelantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.