Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tun Abdullah pemimpin mesra, amalkan pendekatan tidak agresif – Syed Hamid
  • NASIONAL

Tun Abdullah pemimpin mesra, amalkan pendekatan tidak agresif – Syed Hamid

Utusan Sarawak 1 month ago
GAMBAR kenangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beramah mesra dengan sebahagian mangsa banjir di sebuah masjid yang dijadikan pusat pemindahan ketika meninjau keadaan banjir pada 23 Disember 2005. Turut sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kiri). Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR:  Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja sebagai seorang majikan, tetapi juga seorang rakan yang baik.

Beliau berkata hubungannya dengan Perdana Menteri Kelima itu amat rapat sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Menteri Luar.

“Saya sentiasa bersama beliau, bukan sahaja dalam kapasiti sebagai Menteri Luar, tetapi juga sebagai sahabat. Saya lihat para pemimpin luar turut mesra dengannya kerana pendekatan beliau yang tidak agresif. Orang kata, beliau seperti seorang wali,” katanya ketika ditemui media di hadapan kediaman Allahyarham di sini, hari ini.

Antara tetamu kenamaan yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Selain itu, Syed Hamid menyifatkan pemergian Tun Abdullah, yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’, sebagai satu kehilangan besar buat negara memandangkan Allahyarham merupakan pemimpin yang mesra rakyat serta membawa pelbagai perubahan sepanjang pentadbirannya.

“Saya anggap ini satu kehilangan besar — seorang negarawan dan pemimpin yang amat berdedikasi, bersederhana, dan memperkenalkan gagasan Islam Hadhari. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Jenazah Abdullah telah dibawa dari kediamannya di Bait Abdullah di sini ke Masjid Negara pada 8.10 pagi tadi untuk dikafankan dan disolatkan.

Bekas Perdana Menteri itu akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara. 

Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Abdullah dimasukkan ke hospital pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Upacara penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah bermula 10.00 pagi – Khairy
Next: Tun Abdullah selamat disemadikan mengikut istiadat pengebumian negara di Makam Pahlawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.