Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tujuh rumah panjang di Sarawak antara penerima Projek Angkat MADANI
  • SEMASA

Tujuh rumah panjang di Sarawak antara penerima Projek Angkat MADANI

Utusan Sarawak 6 months ago
SEKOLAH Kebangsaan (SK) Nanga Tebat, Lubok Antu. Foto SK Nanga Tebat Official

KUCHING: Sebanyak tujuh rumah panjang dan masing-masing sebuah sekolah rendah dan kolej vokasional di Daerah Lubok Antu serta Betong, Sarawak menerima manfaat daripada Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Majlis penyerahan projek berkenaan disempurnakan oleh Akauntan Negara Malaysia Nor Yati Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tebat, Lubok Antu, kira-kira 250 kilometer dari sini, hari ini.

“Projek KAM yang bermula pada Mac 2024 ini bertujuan meningkatkan kemudahan asas dan memperbaiki infrastruktur di kawasan luar bandar sekali gus merapatkan jurang antara desa dan bandar,” menurut kenyataan JANM.

Selain SK Nanga Tebat, penerima projek ini terdiri Kolej Vokasional Betong, Rumah Panjang (Rh) Entebang Nanga Belaie, Rh Liman Legan Nanga Entalau, Rh Gaerddrick Lidong Asal, Rh Jelanie Nanga Darai, Rh Mulok Nanga Kujuh dan Rh Unya Jambu Lalang.

Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf seperti pemasangan lampu solar, pam air, pembaikan bumbung dan pembinaan pagar serta kemudahan sukan di sekolah dan kolej vokasional berkenaan.

Nor Yati dalam ucapan perasmiannya menyentuh mengenai pentingnya kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dalam menyelesaikan masalah infrastruktur di kawasan luar bandar dan memuji kejayaan pelaksanaan projek ini yang telah mencapai kemajuan memberangsangkan.

Program ini juga bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk desa, memperkasakan ekonomi setempat, dan memastikan akses yang lebih baik kepada kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal anjur persidangan EIC CONNECT Energy Borneo tahun depan
Next: Sarawak di landasan tepat manfaatkan transisi global kepada hidrogen – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.