Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut, 33 cedera dalam hujan ribut di barat laut Pakistan
  • GLOBAL

Tujuh maut, 33 cedera dalam hujan ribut di barat laut Pakistan

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENDUDUK menggunakan batu untuk menyeberangi jalan yang ditenggelami air akibat limpahan saluran air hujan selepas hujan lebat. Foto Agensi

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 33 lagi cedera dalam kejadian berasingan yang disebabkan oleh hujan lebat dan angin kencang di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan dalam 24 jam lepas, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), lapor Xinhua.

Kejadian berlaku apabila bumbung dan dinding runtuh di daerah Bannu, Shangla dan Mansehra.

Mangsa yang terkorban termasuk dua kanak-kanak, empat lelaki dan seorang wanita, manakala yang cedera terdiri daripada tujuh lelaki, 12 wanita dan 14 kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Sementara itu, pihak berkuasa memberi amaran mengenai peningkatan risiko banjir tasik glasier dan banjir kilat di kawasan pergunungan utara wilayah itu, apabila suhu meningkat dan hujan berterusan mempercepat pencairan glasier.

PDMA mengeluarkan amaran kepada pentadbiran daerah di Chitral, Dir Atas dan Bawah, Swat, Kohistan dan Mansehra, mengarahkan mereka memantau teliti kawasan yang terdedah dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa tempatan telah diarahkan untuk memastikan amaran dan pemindahan tepat pada masanya di kawasan berisiko tinggi, manakala penduduk dinasihatkan untuk mengelakkan tebing sungai, aliran bermusim dan lokasi dengan aliran air yang kuat.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tiga maut, seorang hilang dalam nahas maritim di pantai Adriatik, Crotia
Next: Rundingan damai AS-Iran dicapai, Trump umum pembukaan semula Selat Hormuz

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.