Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut, 13 cedera perlanggaran bas dengan treler di utara Uganda
  • GLOBAL

Tujuh maut, 13 cedera perlanggaran bas dengan treler di utara Uganda

Utusan Sarawak 16 hours ago
EMPAT penumpang maut di tempat kejadian dan 16 lagi cedera serta dikejarkan ke Hospital Anaka. Tiga lagi mangsa kemudian meninggal dunia akibat kecederaan, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada tujuh. Foto: AGENSI

KAMPALA: Tujuh orang maut manakala 13 lagi cedera parah hari ini apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah treler di utara Uganda, lapor Xinhua.

Nahas berlaku apabila bas yang dalam perjalanan dari daerah Arua ke ibu negara Kampala bertembung dengan treler berdaftar di Sudan Selatan di Kampung Labok, sepanjang lebuh raya Nwoya-Pakwach pada kira-kira 1.15 pagi waktu tempatan (2215 GMT), kata jurucakap trafik dan keselamatan polis, Michael Kananura, kepada pemberita.

Seramai 67 penumpang berada di dalam bas, menurut polis.

“Siasatan awal menunjukkan pemandu bas cuba memotong dua bas lain di hadapannya dan dalam proses itu bertembung secara berdepan dengan treler yang datang dari arah bertentangan,” kata Kananura.

“Akibatnya, empat penumpang maut di tempat kejadian dan 16 lagi cedera serta dikejarkan ke Hospital Anaka. Tiga lagi mangsa kemudian meninggal dunia akibat kecederaan, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada tujuh,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia kenal pasti 13 prospek telaga minyak dan gas baharu di Kalimantan Timur
Next: Gempa bumi 5.7 skala Richter gegar Oaxaca, Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.