Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump tandatangan perintah pindaan tarif ‘negara-negara tertentu’ menjelang tarikh akhir
  • GLOBAL

Trump tandatangan perintah pindaan tarif ‘negara-negara tertentu’ menjelang tarikh akhir

Utusan Sarawak 1 day ago

WASHINGTON:  Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis menandatangani perintah eksekutif meminda kadar tarif timbal balik bagi puluhan negara menjelang tarikh akhir perjanjian perdagangan pada 1 Ogos, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan Rumah Putih, perintah itu mengubah ‘kadar tarif timbal balik bagi beberapa negara tertentu demi menangani defisit perdagangan barangan tahunan AS yang semakin meningkat.’

“Tindakan tegas ini mencerminkan usaha berterusan Presiden untuk melindungi Amerika Syarikat daripada ancaman asing terhadap keselamatan negara dan ekonomi dengan memastikan hubungan perdagangan yang adil, seimbang dan timbal balik demi manfaat para pekerja, petani dan pengeluar Amerika serta memperkukuh asas industri pertahanan negara,” menurut kenyataan itu.

Kadar baharu akan dikuat kuasa pada 7 Ogos, memberikan ruang masa kepada perunding untuk memuktamadkan perjanjian.

Perintah itu menyebut bahawa beberapa negara terlibat ‘ bersetuju atau hampir memuktamadkan perjanjian perdagangan dan keselamatan yang bermakna dengan Amerika Syarikat’ dan akan tertakluk kepada tarif yang lebih tinggi sehingga perjanjian dimeterai.

Beliau sebelum ini berkata pentadbirannya telah mencapai ‘beberapa’ perjanjian, namun tidak memberikan butiran lanjut. 

Tidak jelas negara mana yang dimaksudkan oleh Trump ketika beliau bercakap kepada wartawan di Rumah Putih.

Satu perintah berasingan yang ditandatangani oleh Trump akan menaikkan kadar tarif ke atas Kanada daripada 25 peratus kepada 35 peratus mulai 1 Ogos.

Kebanyakan negara dikenakan kadar tarif antara 15 hingga 30 peratus, namun Iraq (35 peratus), Laos (40 peratus), Myanmar (40 peratus), Switzerland (39 peratus) dan Syria (41 peratus) dikenakan kadar lebih tinggi.

Salinan perintah yang disediakan oleh Rumah Putih menyenaraikan kadar tarif yang diselaraskan seperti berikut:

Negara dan Wilayah — Kadar Tarif Diselaraskan

Afghanistan – 15%

Algeria – 30%

Angola – 15%

Bangladesh – 20%

Bolivia – 15%

Bosnia dan Herzegovina – 30%

Botswana – 15%

Brazil – 10%

Brunei – 25%

Kemboja – 19%

Cameroon – 15%

Chad – 15%

Costa Rica – 15%

Cote d’Ivoire – 15%

Republik Demokratik Congo – 15%

Ecuador – 15%

Equatorial Guinea – 15%

Falkland Islands – 10%

Fiji – 15%

Ghana – 15%

Guyana – 15%

Iceland – 15%

India – 25%

Indonesia – 19%

Iraq – 35%

Israel – 15%

Jepun – 15%

Jordan – 15%

Kazakhstan – 25%

Laos – 40%

Lesotho – 15%

Libya – 30%

Liechtenstein – 15%

Madagascar – 15%

Malawi – 15%

Malaysia – 19%

Mauritius – 15%

Moldova – 25%

Mozambique – 15%

Myanmar – 40%

Namibia – 15%

Nauru – 15%

New Zealand – 15%

Nicaragua – 18%

Nigeria – 15%

North Macedonia – 15%

Norway – 15%

Pakistan – 19%

Papua New Guinea – 15%

Filipina – 19%

Serbia – 35%

Afrika Selatan – 30%

Korea Selatan – 15%

Sri Lanka – 20%

Switzerland – 39%

Syria – 41%

Taiwan – 20%

Thailand – 19%

Trinidad dan Tobago – 15%

Tunisia – 25%

Turkiye – 15%

Uganda – 15%

United Kingdom – 10%

Vanuatu – 15%

Venezuela – 15%

Vietnam – 20%

Zambia – 15%

Zimbabwe – 15%

— Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Lebih 1.2 juta tiba di Arab Saudi untuk tunai umrah sejak musim baharu bermula
Next: AS batal pelancaran misi Crew-11 ke ISS akibat cuaca buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.