AS batal pelancaran misi Crew-11 ke ISS akibat cuaca buruk

Facebook
WhatsApp

LOS ANGELES: NASA dan SpaceX pada Khamis membatalkan pelancaran misi Crew-11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, lapor Xinhua.

Menurut siaran langsung SpaceX, kiraan detik pelancaran terpaksa dihentikan pada saat-saat akhir ekoran awan tebal menyelubungi tapak pelancaran.

Misi itu pada asalnya dijadual dilancarkan 12.09 tengah hari waktu Timur Amerika Syarikat (1609 GMT) menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.

NASA memaklumkan bahawa tetingkap pelancaran seterusnya akan dibuka pada Jumaat.

Misi Crew-11 akan membawa angkasawan NASA Zena Cardman dan Mike Fincke, angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) Kimiya Yui, serta angkasawan Roscosmos dari Rusia, Oleg Platonov ke ISS.– Bernama-Xinhua