WEST PALM BEACH: Calon Presiden Republikan, Donald Trump, terselamat daripada menjadi sasaran percubaan pembunuhan yang jelas di Florida, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), hari ini.
Syerif Palm Beach County, Ric Bradshaw, berkata suspek melarikan diri dengan sebuah kereta hitam dan dan seorang saksi sedang membantu polis mengenal pasti kenderaan itu dan mengesannya.
“Kami berjaya menahan seorang yang menjadi suspek yang utama dalam serangan kali ini.
“Ketika kejadian, Trump sedang bermain golf di padang golf miliknya di West Palm Beach, Florida, tidak jauh dari kediamannya di Mar-a-Lago, apabila penembak itu dikesan pihak berkuasa.
“Ejen Perkhidmatan Rahsia sedang melakukan kerja perlindungan di padang ketika Trump bermain golf dan ternampak muncung senapang dan segera menyerang individu itu, beberapa tembakan dilepaskan,” katanya.
Tambah beliau, suspek menempatkan dirinya mungkin antara 275 hingga 455 meter jauhnya, tetapi dengan senapang dan teropong dimilikinya, ia bukan jarak yang jauh.
Menurut laporan New York Times dan Fox News, suspek dikenal pasti sebagai Ryan Wesley Routh.
Sheriff William Snyder dari Martin County memberitahu CNN bahawa suspek yang ditahan penguatkuasaan undang-undang bersifat agak tenang dan tidak menunjukkan banyak emosi.
Ini adalah serangan kedua terhadap Trump, berapa bulan selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjadi sasaran lelaki bersenjata yang mencederakan telinganya ketika beliau berucap pada perhimpunan di Butler, Pennsylvania.
Sementara itu, ejen Perkhidmatan Rahsia AS, Rafael Barros mengesahkan terdapat satu atau lebih ejennya melepaskan tembakan ke arah lelaki bersenjata berhampiran sempadan padang golf Trump.
“Kami tidak pasti pada masa ini sama ada individu itu sempat melepaskan tembakan ke arah ejen kami. FBI berkata ia ‘menyiasat apa yang nampaknya cubaan ‘membunuh’ Trump.
“Senapang mirip AK-47 dengan teropong ditemui bersama kamera video GoPro,” katanya.
Jurucakap kempen Trump, Steven Cheung dalam satu kenyataan berkata, calon republikan berusia 78 tahun itu selamat berikutan kejadian yang berlaku di kawasan kediamannya. – AFP