Trump lanjutkan tarikh akhir larangan TikTok

Facebook
WhatsApp

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengumumkan akan memberikan lanjutan 75 hari tambahan kepada ByteDance untuk menjual aplikasi perkongsian video popular TikTok kepada syarikat bukan milik China atau berdepan risiko diharamkan di AS.

“Pentadbiran saya telah bekerja keras dalam Perjanjian bagi menyelamatkan TikTok, dan kami telah mencapai kemajuan besar,” kata Trump dalam catatan di Truth Social, menurut agensi berita Xinhua

“Perjanjian ini memerlukan lebih banyak usaha bagi memastikan semua kelulusan yang diperlukan ditandatangani, sebab itulah saya menandatangani Perintah Eksekutif untuk memastikan TikTok terus beroperasi untuk 75 hari tambahan,” katanya.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama secara jujur dengan China,” tambah beliau.

Trump, yang memegang jawatan presiden pada 20 Jan lepas, sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan larangan terhadap TikTok selama 75 hari “bagi memberi peluang kepada pentadbirannya menentukan langkah yang sesuai berhubung TikTok.”  

Pelanjutan itu dijadualkan tamat hari ini. – Bernama – Xinhua

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut