Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Trump dakwa tidak minta FIFA batalkan hukuman Balogun
  • SUKAN

Trump dakwa tidak minta FIFA batalkan hukuman Balogun

Utusan Sarawak 2 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, berucap pada majlis pelancaran akaun pelaburan Trump di Pejabat Oval, Rumah Putih, di Washington, DC.

WASHINGTON, Amerika Syarikat: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan bahawa beliau meminta Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyemak keputusan yang disifatkannya sebagai “teruk” berhubung layangan kad merah kepada penyerang utama Amerika Syarikat, Folarin Balogun, namun menegaskan beliau tidak meminta hukuman itu dibatalkan.

“Saya hanya meminta semakan kerana saya tidak fikir itu satu kekasaran,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

“Saya cuma minta ia disemak, saya tidak pernah meminta mereka membuat keputusan tertentu.”

Trump berkata insiden itu bukan satu kesalahan kerana kedua-dua pemain hanya berlari pada kelajuan tinggi sebelum bertembung.

“Langsung bukan satu pelanggaran. Dua pemain berlari sepenuh tenaga dan kebetulan bertembung,” katanya.

Beliau turut mengkritik pengadil dari Brazil, Raphael Claus, yang melayangkan kad merah itu dengan menyifatkannya sebagai “agak mencurigakan jika melihat rekod lampaunya.”

Balogun sepatutnya terlepas aksi pusingan 16 terbaik menentang Belgium pada 8.00 pagi esok (waktu Malaysia) selepas dilayangkan kad merah terus susulan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana memijak kaki pemain pertahanan Bosnia dan Herzegovina dalam perlawanan pusingan 32 terbaik yang dimenangi Amerika Syarikat 2-0.

Mengikut peraturan FIFA, kad merah terus membawa hukuman penggantungan automatik satu perlawanan dan tidak boleh dirayu oleh pasukan pemain terbabit.

Bagaimanapun, badan induk bola sepak dunia itu memaklumkan semalam bahawa penggantungan tersebut ditangguhkan selama setahun selepas panggilan peribadi daripada Trump.

“Kami akan beraksi dengan skuad penuh dan Belgium juga akan beraksi dengan skuad penuh. Jika mereka menewaskan kami, mereka memang layak berbangga,” kata Trump.

“Kalau mereka menang… saya akan kata ia telah diatur, sama seperti pilihan raya 2020 yang telah diatur,” katanya, mengulangi dakwaan tidak berasas mengenai penipuan meluas dalam pilihan raya yang dimenangi calon Demokrat, Joe Biden. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tottenham sah dapatkan Tonali dari Newcastle dengan nilai perpindahan £100 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.