Trend air pasang di tebingan Sungai Rajang, paras air terkawal

Facebook
WhatsApp
TREND AIR PASANG…. Air pasang sedang berlaku semasa anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Rajang. Foto BBP Bintangor 
 

BINTANGOR: Paras air di tebingan Sungai Rajang dalam keadaan terkawal walaupun trend air pasang berlaku semasa rondaan pemantauan pihak bomba, malam tadi. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, pemantauan selama 30 minit tersebut dijalankan oleh dua orang anggota bomba. 

“Rondaan pemantauan dijalankan bermula 10.00 malam hingga 10.30 malam. 

“Trend air pasang sedang berlaku semasa pihak kami menjalankan pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, cuaca baik ketika rondaan pemantauan tersebut dijalankan. 

“Alhamdulillah, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan pemantauan,” katanya. 

Oleh Earl Anek