Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tren DMU bawa pembaharuan
  • NASIONAL

Tren DMU bawa pembaharuan

Utusan Sarawak 4 years ago

TUMPAT, 11 April -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri) menyempurnakan majlis pelancaran Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di Stesen Wakaf Baharu hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan Datuk Azami Mohd Nor (kanan). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MAJLIS PELANCARAN…Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (kiri) menyempurnakan majlis
pelancaran Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di Stesen Wakaf Baharu semalam. • Foto BERNAMA

TUMPAT:  Tren diesel multiple unit (DMU) yang dilancarkan semalam bakal membawa pembaharuan serta merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, buat permulaan lima daripada 13 DMU akan memulakan operasi melibatkan jajaran Pantai Timur bagi sektor laluan Tumpat-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Lipis.

“Tren DMU bernilai RM380 juta ini jauh lebih baik daripada tren konvensional dari segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang.

“Perkhidmatan yang disediakan ini setara dengan negara maju membuktikan kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada kawasan Lembah Klang tetapi juga Pantai Timur,” katanya, pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di Stesen Pasir Mas, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor. 

Terdahulu, Wee bersama rombongan meluangkan masa menaiki tren DMU berkenaan bermula dari Stesen Wakaf Bharu ke Stesen Pasir Mas.

Tren DMU diperkenalkan khusus bagi menggantikan perkhidmatan tren diesel konvensional KTM Intercity, mempunyai empat koc setiap unit memiliki 204 tempat duduk dilengkapi dengan fasiliti moden seperti skrin LED, soket kuasa, ruang solat, tandas, bistro dan ruang menyimpan barang bungkusan.

Tren ini juga mempunyai empat tempat duduk dan tandas untuk memenuhi keperluan penumpang Orang Kurang Upaya (OKU). — Bernama

Continue Reading

Previous: 100,0000 hektar hutan simpan boleh dipulihkan
Next: Imigresen tahan 117 pendatang haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.