Tragedi letupan di perhimpunan awam Pakistan: 9 maut, 29 cedera

Facebook
WhatsApp
PEMANDANGAN kereta yang musnah selepas letupan berlaku di luar Stadium Shahwani di Quetta, ibu kota Wilayah Balochistan barat daya, Pakistan pada selasa.

KARACHI (Pakistan)/ISTANBUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam satu letupan yang menyasarkan perhimpunan awam di selatan Pakistan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik polis.

Letupan berlaku di luar sebuah stadium di Quetta, wilayah Balochistan sejurus selepas perhimpunan itu berakhir, menurut polis dan laporan media.

Rakaman televisyen Samaa News menunjukkan orang ramai membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam van polis dan kenderaan persendirian.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca letupan berkenaan.

Perhimpunan itu dianjurkan Parti Kebangsaan Balochistan yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Sardar Akhtar Mengal.

Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral termasuk Quetta, sejak sekian lama menjadi lokasi keganasan dengan pasukan keselamatan berdepan pemberontakan berskala rendah.– Bernama-Anadolu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara