
KARACHI (Pakistan)/ISTANBUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam satu letupan yang menyasarkan perhimpunan awam di selatan Pakistan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik polis.
Letupan berlaku di luar sebuah stadium di Quetta, wilayah Balochistan sejurus selepas perhimpunan itu berakhir, menurut polis dan laporan media.
Rakaman televisyen Samaa News menunjukkan orang ramai membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam van polis dan kenderaan persendirian.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca letupan berkenaan.
Perhimpunan itu dianjurkan Parti Kebangsaan Balochistan yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Sardar Akhtar Mengal.
Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral termasuk Quetta, sejak sekian lama menjadi lokasi keganasan dengan pasukan keselamatan berdepan pemberontakan berskala rendah.– Bernama-Anadolu