Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tragedi Elmina: Jenazah pertama mangsa pesawat terhempas dituntut keluarga
  • NASIONAL

Tragedi Elmina: Jenazah pertama mangsa pesawat terhempas dituntut keluarga

Utusan Sarawak 2 years ago
Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lepas, disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, hari ini. FotoBERNAMA

KLANG: Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lepas, dituntut keluarganya pagi ini bagi urusan pengebumian.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.

“Pihak kami telah menghubungi ayah dan abang kepada Muhamad Hafiz bahawa jenazah boleh dituntut pagi ini.

“Jenazah akan dimandikan dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dihantar ke Sungai Petani,” katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik HTAR di sini, hari ini.

Sementara itu, bapa kepada Allahyarham, Muhamad Saleh Othman, 57, berkata, jenazah anaknya akan dibawa ke Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

“Insya-Allah urusan pengebumian akan diselesaikan pada hari ini juga,” katanya.

Muhamad Saleh berkata beliau mengetahui jenazah anaknya boleh dituntut apabila menerima panggilan daripada anggota polis tengah malam tadi.

“Urusan untuk tuntutan mayat dapat diselesaikan pada 3.00 pagi tadi,” katanya.

Muhamad Saleh hadir ke Jabatan Forensik bersama isterinya Jamilah Ismail, 53, kira-kira 8.30 pagi tadi bagi urusan tuntutan jenazah anak sulungnya itu.

Terdahulu, van jenazah milik JAIS tiba di jabatan berkenaan pada 8.10 pagi.

Tragedi yang berlaku kira-kira 2.48 petang Khamis lepas menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang melalui tempat kejadian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tragedi Elmina: Laporan awal 30 hari, orang awam diminta tampil bantu siasatan
Next: Tragedi Elmina: Proses bedah siasat mangsa nahas pesawat selesai, tunggu padanan DNA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.