Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi turun-temurun terus dipelihara demi generasi akan datang
  • Tengah
  • WILAYAH

Tradisi turun-temurun terus dipelihara demi generasi akan datang

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bersama Tuai Rumah Caroline Insat melakukan simbolik Ngiling Bidai. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Tradisi Ngiling Bidai perlu terus dipelihara sebagai warisan masyarakat Iban agar nilai budaya, adat resam dan identiti yang diwarisi sejak turun-temurun kekal lestari untuk generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha memelihara warisan budaya tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadi asas dalam membentuk jati diri serta memperkukuh perpaduan masyarakat

“Majlis Merarau dan Ngiling Bidai bukan sekadar menandakan berakhirnya sambutan Hari Gawai, malah menjadi lambang penghargaan terhadap warisan, adat resam dan budaya masyarakat Iban yang diwarisi sejak turun-temurun.

“Tradisi ini juga mencerminkan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan azam baharu sambil terus memelihara identiti budaya,” katanya.

DATUK Ding Koung Hiing memotong kek bersama jawatankuasa penganjur. Foto Pusat Khidmat Meradong

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Merarau dan Ngiling Bidai Hari Gawai Dayak anjuran Rumah Caroline Insat, Bukit Tinggi, baru-baru ini.

Koung Hiing turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas komitmen dan usaha menjayakan majlis tersebut.

Katanya, kejayaan penganjuran majlis itu membuktikan semangat kerjasama, perpaduan dan muafakat yang kukuh dalam kalangan masyarakat Bukit Tinggi.

“Saya menggesa agar masyarakat terus mempertahankan nilai-nilai murni seperti semangat bergotong-royong, hormat-menghormati, toleransi dan kasih sayang yang menjadi teras keharmonian hidup bermasyarakat.

“Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk, sanak saudara dan para tetamu, malah menyemarakkan semangat kebersamaan yang penting dalam membangunkan komuniti yang bersatu dan harmoni,” katanya.

Beliau juga mendoakan agar seluruh penduduk Bukit Tinggi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup, rezeki yang melimpah dan hubungan kekeluargaan yang semakin erat.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JPJ Sibu tingkat operasi, 65 kenderaan diperiksa
Next: Bantuan pelbagai pihak ringankan beban mangsa kebakaran Kampung Assyakirin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.