Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tokong kecil dalam rumah terbakar
  • KEBAKARAN

Tokong kecil dalam rumah terbakar

Utusan Sarawak 15 hours ago

PADAM…Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran sebuah tokong kecil yang ditempatkan  di dalam sebuah rumah di Krokop Utama di Miri  malam tadi.



MIRI: Sebuah tokong kecil yang ditempatkan di dalam sebuah rumah di Krokop Utama di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.45 malam.

“Sebaik tiba di lokasi,  pasukan melaporkan kebakaran hanya melibatkan sebuah tokong kecil yang berada di dalam rumah terbabit.

“Sebelum ketibaan pasukan bomba, pemilik rumah telah berusaha memadam kebakaran menggunakan air paip. Pasukan bomba kemudian menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Kebakaran berjaya dikawal pada 11.20 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya empat minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta hangus terbakar di Kampung Pujut
Next: Menara telekomunikasi terbakar di Kem Piasau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.