Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tokoh wanita dipelawa mohon ikuti Program PERANTIS
  • NASIONAL

Tokoh wanita dipelawa mohon ikuti Program PERANTIS

Utusan Sarawak 11 months ago

PUTRAJAYA: Tokoh-tokoh wanita dipelawa membuat permohonan ke Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bermula 10 hingga 30 Jun ini, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

KPWKM dalam kenyataan hari ini berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi KPWKM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Borang permohonan yang lengkap bersama kertas cadangan pelaksanaan program juga boleh dihantar kepada pihak urus setia secara serahan tangan, pos, atau pun melalui e-mel.

KPWKM berkata, antara objektif PERANTIS ialah melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan wanita terutamanya di peringkat pembuat keputusan yang mampu untuk memimpin masyarakat ke arah negara maju dan berdaya saing.

“PERANTIS juga berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu dan kepakaran. Seterusnya mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan pemimpin wanita dan pemimpin pelapis atau bakat wanita,” menurutnya.

KPWKM berkata, PERANTIS memberi keutamaan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan wanita dalam bidang ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kesejahteraan dan bidang profesional lain yang bersesuaian.

PERANTIS diperkenalkan berikutan pengumuman inisiatif RM5 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac lepas sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, yang bertujuan memperkasa kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan PERANTIS boleh diajukan melalui urus setia PERANTIS iaitu Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan, JPW dengan menelefon  03-8323 1616/1618/1620/1596 atau email bppp@jpw.gov.my.

Permohonan dan pemilihan PERANTIS adalah berdasarkan syarat-syarat asas peraturan yang telah ditetapkan, dan garis panduan tatacara permohonan serta pelaksanaan PERANTIS boleh dirujuk melalui pautanhttps://bit.ly/perantis. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik sesi akademik 2024/2025 dibuka
Next: Zulkifli sempat hantar isyarat kepada keluarga ketika terkandas di Puncak Denali di Alaska

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.