Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Raghad sumbang buah kurma jayakan program Ramadan RTM Sarawak
  • TEMPATAN

Toh Puan Raghad sumbang buah kurma jayakan program Ramadan RTM Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

SUMBANGAN AIDILFITRI… Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah memberi sumbangan berbentuk buah kurma bagi menjayakan Program Pandu Lalu Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak.

KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib antara penyumbang bagi menjayakan program pandu lalu Ramadan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang dijadualkan berlangsung esok.

Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, semalam telah menyerahkan sumbangan beliau berupa buah kurma pada satu majlis ringkas di Wisma Mahmud, Demak Jaya.

Mewakili Pengarah RTM RTM Sarawak dalam menerima sumbangan adalah Azmi Ahmad. Turut serta, Ketua Unit Pemasaran, Promosi dan Penyeliaan Iklan, Atikah Mahali.

Pada masa sama, turut diadakan ialah majlis berbuka puasa di Astana Negeri Sarawak diikuti Solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih berjemaah.

Antara yang memeriahkan suasana berbuka puasa ialah pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Turut hadir, Naib Canselor UNIMAS Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi  dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Datu Dr. Sanib Said.

Continue Reading

Previous: Tun Taib terima kunjungan hormat Ahmad Nazri
Next: Projek naik taraf Jalan Matang ambil kira pelbagai faktor – Fazzrudin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.