
KUALA LUMPUR: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menziarahi Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, isteri kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang kini sedang berehat selepas menjalani satu prosedur perubatan.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan itu diadakan di kediaman mereka di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selatan petang tadi.
Turut hadir dalam sesi ziarah tersebut ialah anak kepada Dr Abdul Rahman dan Datin Siti Shorgayah, iaitu Abdul Adzim Adzmi bersama isteri beliau, Nurul Zafirah Jaya.

Sesi santai ini turut menjadi kesempatan bagi Toh Puan Fauziah untuk bertanya khabar, mendoakan kesihatan Datin Siti Shorgayah serta mengeratkan ukhuwah persahabatan yang telah lama terjalin antara keluarga.