Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah raikan mempelai Raja Sehari, Ahmed Faqi dan Sabrina Fatin
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah raikan mempelai Raja Sehari, Ahmed Faqi dan Sabrina Fatin

Utusan Sarawak 7 hours ago
TOH Puan Fauziah hadir meraikan pasangan Raja Sehari, Ahmed Faqi Jamaluddin dan pilihan hatinya, Nur Sabrina Fatin Muhammad Azahar di Dewan Sri Kenangan Kastam tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KELANA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir meraikan pasangan Raja Sehari, Ahmed Faqi Jamaluddin dan pilihan hatinya, Nur Sabrina Fatin Muhammad Azahar dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di Dewan Sri Kenangan Kastam tengah hari tadi.

Ketibaan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh ibu bapa pengantin lelaki, Jamaluddin Zainal Abidin dan isteri, Eda @ Aidah Abd Kadir bersama ahli keluarga serta sahabat handai.

TOH Puan Fauziah hadir meraikan pasangan Raja Sehari, Ahmed Faqi Jamaluddin dan pilihan hatinya, Nur Sabrina Fatin Muhammad Azahar di Dewan Sri Kenangan Kastam tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Sejurus ketibaan Toh Puan Fauziah menerima jambangan bunga daripada Sofia yang mewakili seluruh ahli keluarga bagi mengalu-alukan kehadiran beliau ke majlis yang berlangsung dengan penuh kasih sayang.

Seterusnya, Toh Puan Fauziah menyampaikan hadiah perkahwinan kepada Eda @ Aidah Abd Kadir, ibu kepada pengantin lelaki sebagai tanda ingatan dan penghargaan buat kedua-dua mempelai.

Acara dimulakan dengan pasangan pengantin melangkah masuk ke dewan diiringi selawat Rasulullah SAW.

TOH Puan Fauziah hadir meraikan pasangan Raja Sehari, Ahmed Faqi Jamaluddin dan pilihan hatinya, Nur Sabrina Fatin Muhammad Azahar di Dewan Sri Kenangan Kastam tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Toh Puan Fauziah naik ke pelamin untuk merenjis air mawar sebagai simbolik restu dan penyatuan, dengan setiap renjisan membawa doa dan senyuman yang membawa harapan agar cinta ini harum mekar selamanya.

Seterusnya, beliau merakam gambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan di pelamin, dengan doa dan harapan semoga perkahwinan yang dibina ini dilimpahi keberkatan, dikurniakan keharmonian serta kekal rukun selamanya.

Sebelum pulang, beliau sempat meluangkan masa beramah mesra, berswafoto serta bersalaman dengan rakan-rakan sejawat beliau semasa berkhidmat bersama Malaysia Airlines yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi bertemu rakan lama, eratkan silaturahim
Next: Pendaki Malaysia diselamatkan selepas tergelincir di Gunung Rinjani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.