Tun Wan Junaidi bertemu rakan lama, eratkan silaturahim

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TUN Wan Junaidi bertemu beberapa rakan lama serta menikmati sarapan bersama di Kediaman Rasmi beliau di sini, pada 8.30 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bertemu beberapa rakan lama serta menikmati sarapan bersama di kediaman rasmi beliau di sini, pada 8.30 pagi tadi.

Antara yang hadir bersarapan bersama Tun Wan Junaidi ialah Datuk Rosman Mohamed, Dato’ Tan Teow Choon, Dato’ Syed Azmi Al Baiti dan Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abdul Hamid.

Sesi tersebut menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim, selain bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan masyarakat dan tadbir urus yang baik.

TUN Wan Junaidi bertemu beberapa rakan lama serta menikmati sarapan bersama di Kediaman Rasmi beliau di sini, pada 8.30 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Selain itu, perbincangan yang berlangsung hampir dua jam itu turut menyentuh isu-isu semasa negara termasuk cabaran generasi muda dalam era digital, pentingnya pemerkasaan ekonomi komuniti melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta, serta peranan institusi sosial dalam memperkukuh perpaduan rakyat.

Tun Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang hadir dan mendoakan semoga ikatan ini kekal harmoni dan muhibah sentiasa.