KUCHING: Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ke-78 tahun di Astana Negeri hari ini.
Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.
Turut menerima Darjah Kebesaran Datuk Patinggi Bintang Kenyalang ialah Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.
Bagi anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ dianugerahkan kepada empat penerima.
Mereka ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato’ Abdul Rahman Sebli; Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad.
Sementara itu, anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) menyaksikan tiga penerima yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Antara penerima PGBK itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii; Setiausaha Sulit Kanan kepada Premier Sarawak, Dato Khir Busrah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, Datu Ismawi Ismuni.
Dalam pada itu, seramai 12 penerima dianugerahkan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’.
Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Jafri Lias; Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sirai Daha; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Elizabeth Loh; Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Abang Ahmad Abang Morni.
Turut menerima anugerah sama ialah, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Hamdan Sharbini; Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong; Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti; Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh; Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam; Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak Jonathan Lugoh; Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli dan Pensyarah Universiti @ Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Profesor Dr Neilson Ilan Mersat.
Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ pula dianugerahkan kepada kepada 18 penerima.
Antara penerimanya ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman; Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman; Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak, Ambrose Cheng Loi Hee; Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir; Abang Abdillah Izzarim dan Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos.
Penerima anugerah sama ialah Datin Amar Enn Ong Siok Ean; Dr Wee Kam Siak, Dr Richard Rapu; Jefri Ahmad Tambi, Shankar A/L Ram Pohumall, Abang Arabi Abang Narudin, Sudarnoto Osman, Dato’ Seri Khaw Kok Chin, Archbishop Dr Simon Peter Poh Hoon Seng, Jacqueline Fong Yean Yee, Dato’ Lee Heng Cheong dan Su’ut Johari.
Sementara itu, Johan Bintang Sarawak (JBS) dianugerahkan kepada tiga penerima; Johan Bintang Kenyalang (JBK) (1); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (20); Pegawai Bintang Sarawak (15); Pegawai Bintang Kenyalang (98); Pingat Perkhidmatan Bakti (143); Ahli Bintang Sarawak (76); Ahli Bintang Kenyalang (198); Pingat Perkhidmatan Terpuji (194); dan Bentara Bintang Sarawak (259).
Hadir sama dalam Isitiadat tersebut adalah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan -Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dam Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. – EDISI UKAS