Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tingkat ternakan lembu tempatan, tangani harga tinggi
  • TEMPATAN

Tingkat ternakan lembu tempatan, tangani harga tinggi

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan agihan daging lembu korban kepada penduduk peringkat Parlimen Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Penambahan bilangan ternakan lembu tempatan dikenal pasti sebagai langkah strategik bagi mengawal dan menurunkan harga lembu di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan mencari jalan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menggalakkan lebih ramai penternak lembu di wilayah ini.

“Cadangan saya ialah menggalakkan penduduk tempatan untuk memelihara lembu di negeri ini sendiri di mana ini dapat mengurangkan kebergantungan kita terhadap lembu import sekali gus dapat menurunkan harga lembu di Sarawak.

“Saya akan meminta KPKM di peringkat persekutuan untuk mencari kaedah bagaimana kita hendak menggalakkan lebih ramai lagi penternak-penternak lembu di Sarawak termasuk membekalkan baka dan latihan kepada penternak lembu,” ujarnya.

PROSES penyembelihan dan pelapahan daging korban dalam kalangan penduduk peringkat Parlimen Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan agihan daging lembu korban peringkat Parlimen Petra Jaya, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau memberitahu bahawa antara punca kenaikan harga lembu di Sarawak adalah disebabkan wilayah ini mengimport lembu dari luar negara.

“Saya faham bahawa Sarawak antara negeri paling mahal untuk harga lembu mungkin disebabkan kita mengawal ketat lembu import kita, di mana kita tidak mengimport dari negara yang lembunya terdedah kepada penyakit,” jelasnya lagi.

Berdasarkan senarai harga di laman sesawang kepenggunaan Manamurah.com, harga purata daging lembu di Sarawak iaitu RM64 sekilogram jauh tinggi berbanding negeri lain.

Berhubung dengan program korban, Ahli Parlimen Petra Jaya itu menjelaskan bahawa parlimennya telah menerima agihan sebanyak 58 ekor lembu untuk Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

–UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komuniti Iban disaran kekal warisan tradisi walau rumah panjang kian moden
Next: 400 Unit apartmen bakal dibina, atasi kepadatan penduduk di Tabuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.