Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tindakan pantas penghuni, selamatkan rumah daripada terbakar
  • TEMPATAN

Tindakan pantas penghuni, selamatkan rumah daripada terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
TERBAKAR…Keadaan dapur yang terbakar dan mencemaskan penghuni rumah.

BINTULU: Suasana malam yang sepi telah mengundang detik cemas bagi sebuah keluarga apabila berlaku kebakaran melibatkan perkakas dapur di Lucky Tower, Bintulu sekitar jam9:00 malam Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, tindak pantas penghuni rumah tersebut berjaya memadamkan api daripada terus merebak.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kejadian adalah benar berlaku dengan melibatkan perkakas dapur namun telah dipadamkan oleh penghuni rumah,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media, di sini semalam.

Menurutnya, pihak bomba hanya memantau termasuk sekeliling rumah berkenaan agar berada dalam keadaan selamat.

“Pemantauan dilakukan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum bertolak balik ke Balai,” katanya.

Tambahnya, dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka salam memastikan keselamatan bersama khususnya dalan mencegah kebakaran.

Continue Reading

Previous: Pagar konkrit Dewan Tabuan Lot hampir siap
Next: 10 rakyat S’wak terkandas di Nigeria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.