Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas orang awam selamatkan Hilux daripada terbakar
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas orang awam selamatkan Hilux daripada terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

Anggota bomba bertindak mencabut wayar bateri untuk memastikan tiada risiko kebakaran semula.

BINTULU: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux daripada terbakar sepenuhnya di Lot Sungai Plan di sini, malam ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.37 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Namun, tindakan awal orang awam menggunakan alat pemadam api jenis debu kering berjaya mengawal keadaan sebelum ketibaan pihak bomba.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang mengeluarkan asap di bahagian enjin. 

“Anggota bomba bertindak mencabut wayar bateri kenderaan bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda terbakar
Next: Bomba: Letupan gas hidrogen di Taman Perindustrian Samalaju disyaki akibat kebocoran penapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.