Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas bomba elak kebakaran belukar merebak di tapak pembinaan rumah panjang
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas bomba elak kebakaran belukar merebak di tapak pembinaan rumah panjang

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN belukar dipadam menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Kebakaran belukar berlaku di tapak pembinaan sebuah rumah panjang baharu di Rumah Selat, Sungai Janting berjaya dipadamkan dengan tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dalam satu operasi yang dijalankan pada malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar 8.25 malam.

“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kawasan belukar di tapak pembinaan rumah panjang baharu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan bomba memadam kebakaran belukar menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 15 minit.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada sekitar 8.58 malam selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Api marak musnahkan 10 rumah penempatan sementara di Kampung Pasir Lutong
Next: Sembilan terselamat, rumah terbakar di Tudan Desaras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.