Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tindakan pantas bomba berjaya selamatkan ibu dan anaknya
  • KEMALANGAN

Tindakan pantas bomba berjaya selamatkan ibu dan anaknya

Utusan Sarawak 8 months ago

KESAN KEBAKARAN....Sebuah kedai motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Lanang, petang tadi.

SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 24 tahun dan anaknya berumur setahun dalam kebakaran sebuah kedai motosikal di Jalan Lanang, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 2.57 petang.

Katanya, pasukan dari BBP Sungai Merah turut dikerahkan untuk membantu operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan bahawa api telah memusnahkan sepenuhnya bahagian bawah premis itu.

“Kami berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap di tingkat dua iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dan bayinya berusia setahun,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, setakat jam 5 petang, pasukan bomba masih berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pemadaman sisa-sisa kebakaran.

“Kedua-dua premis terjejas adalah kedai motosikal dan mengalami kerosakan 100 peratus di tingkat bawah.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Continue Reading

Previous: JBPM Bintangor tangani dua kes kebakaran di dua lokasi berbeza
Next: Budak 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.