Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas BBP Sri Aman kawal kebakaran bahan binaan
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas BBP Sri Aman kawal kebakaran bahan binaan

Utusan Sarawak 19 hours ago

ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan longgokan bahan binaan berhampiran Pekan Lachau, Jalan Serian-Sri Aman, malam tadi. Foto: BBP Sri Aman

SRI AMAN: Kecekapan dan tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berjaya mengawal kebakaran melibatkan longgokan bahan binaan berhampiran Pekan Lachau, Jalan Serian–Sri Aman, malam tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam, sebelum menggerakkan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nicholas Langi ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan longgokan bahan binaan dengan keluasan anggaran kira-kira 20 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Rais berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menjalankan penilaian awal situasi dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, sebelum memulakan operasi pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera bomba serta bantuan pam angkut dari sumber air terbuka yang terletak kira-kira 500 kaki dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian tersebut, peralatan milik sebuah syarikat seperti jaring dan kanvas yang diletakkan di atas longgokan besi turut musnah sepenuhnya akibat kebakaran.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Beliau turut menggesa orang awam supaya sentiasa memastikan kawasan penyimpanan bahan binaan berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Belukar setengah hektar terbakar di Kampung Seberang, Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.