Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari
  • GLOBAL

Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Utusan Sarawak 6 months ago

Orang ramai di Narathiwat meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan di tiga wilayah selatan Thailand. - Foto AFP

PATTANI: Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari. 

Gabenor Wilayah Pattani Pateemoh Sadeeyamu, berkata kawasan perdagangan utama di Pattani mengalami banjir akibat limpahan Sungai Pattani, dengan paras air mencecah sehingga satu meter.

“Selain daerah Muang Pattani, beberapa daerah lain seperti Saiburi, Yarang, Mae Lan dan Khok Pho turut dilanda banjir,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terjejas di sini, hari ini.

Di Yala dan Narathiwat, situasi banjir bertambah buruk apabila sungai berhampiran melimpah sehingga mencapai paras berbahaya.

Pejabat Gabenor Narathiwat mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok dan Sungai Saiburi supaya berpindah ke kawasan lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut kenyataan Jabatan Lebuhraya Thailand, setakat 1 tengah hari Rabu, 47 lokasi di lebuh raya dilaporkan terjejas berikutan bencana banjir di wilayah Selatan Thailand namun 39 lokasi masih dibuka untuk laluan trafik dan lapan terpaksa ditutup.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hujan lebat dijangka melanda wilayah selatan Thailand, termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phangnga, Phuket, Krabi, Trang dan Satun.

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada apabila hujan lebat yang akan menyebabkan banjir kilat dan limpahan air sungai, terutama di kawasan rendah, laluan air dan berhampiran kaki bukit. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Israel, Lubnan capai persetujuan akhiri konflik berlanjutan – Biden
Next: Rano Karno, Krisdayanti bertanding PILKADA 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.