Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Vietnam
  • GLOBAL

Tiga maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Vietnam

Utusan Sarawak 6 hours ago
LOKASI kejadian tanah runtuh di wilayah Lai Chau yang meragut tiga nyawa selepas runtuhan batu dan tanah mengalir ke dalam anak sungai. Foto AGENSI

HANOI: Tiga lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan Lai Chau di utara Vietnam pada hari ini, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mangsa sedang bekerja di kawasan hutan berhampiran sebatang anak sungai di Kampung Mit Thai apabila hujan lebat yang berterusan melanda kawasan berkenaan.

Hujan lebat itu telah mencetuskan tanah runtuh dari lereng gunung, menyebabkan runtuhan batu dan tanah bergerak ke dalam anak sungai di bawah lalu menimbus ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Pegawai tempatan turut mengeluarkan amaran kepada penduduk mengenai risiko tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat dan banjir, serta menggesa mereka agar tidak bekerja di ladang tanah tinggi, memasuki hutan, bermalam di pondok ladang, atau menyeberangi laluan air yang dinaiki air semasa hujan lebat.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 10 pelancong maut van terjunam ke dalam gaung di Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.