Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki tempatan dicekup operasi dadah di Bau
  • JENAYAH

Tiga lelaki tempatan dicekup operasi dadah di Bau

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIGA lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 39 tahun ditahan dalam satu operasi berkaitan dadah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Bau dengan kerjasama pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Tiga lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 39 tahun ditahan dalam satu operasi berkaitan dadah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Bau dengan kerjasama pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan tersebut dibuat pada 12 Januari susulan maklumat serta risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan kira kira 3.50 petang tadi di bahagian belakang rumah tanpa nombor di Kampung Lidah Tanah.

“Dalam operasi tersebut, polis telah menahan seorang lelaki dan merampas satu bekas kecil mengandungi separuh pil yang disyaki Erimin 5 dengan berat kira kira 0.2 gram dan dianggarkan bernilai RM20,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, suspek tersebut ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dua lelaki lain kemudiannya dibawa ke pejabat BSJN IPD Bau untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal ujian air kencing ke atas kedua dua suspek mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek pertama didapati negatif,” katanya.

Kedua dua suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek mengaku telah mengambil syabu sehari sebelum ditahan.

Menurutnya lagi, suspek pertama akan direman bagi membantu siasatan, manakala kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Bau.

“Dua suspek yang didapati positif akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sementara menunggu keputusan laporan patologi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini serta menggesa orang ramai supaya bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi Bersepadu IPD Bau tingkatkan pencegahan jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.