Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga lelaki Britain didapati salah curi pasu Dinasti Ming bernilai AS$2.5 juta
  • GLOBAL

Tiga lelaki Britain didapati salah curi pasu Dinasti Ming bernilai AS$2.5 juta

Utusan Sarawak 2 years ago

LONDON: Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta.

Artifak yang asalnya dicuri dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva, Switzerland itu berjaya ditemui menerusi satu operasi polis, lapor Agensi Anadolu memetik Polis Metropolitan pada Sabtu.

“Kesemua suspek ditangkap dan didakwa berhubung kes pecah rumah pada Jun 2019 membabitkan kehilangan pasu Dinasti Ming Cina dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva,” menurut polis dalam satu kenyataan.

Individu yang disabitkan kesalahan, Mbaki Nkhwa (47), Kaine Wright (26), dan David Lamming (31), didapati bersalah pada Jumaat kerana bersubahat menukar harta jenayah. Keputusan itu dijatuhkan di Mahkamah Southwark Crown di London.

Sabitan itu susulan kerjasama menyeluruh selama empat tahun antara Polis Metropolitan dan penguatkuasa undang-undang Switzerland, yang akhirnya membawa kepada pasu antik tersebut selamat kembali ke muzium Switzerland.

Artifak yang dicuri, ‘pasu’ porselin putih, dihasilkan secara teliti semasa pemerintahan Yongle Dinasti Ming, mempunyai sejarah menjangkau berabad-abad lamanya.

Hukuman ke atas Nkhwa, Wright, dan Lamming akan diputuskan oleh mahkamah pada 13 Oktober. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Indonesia: Gabenor Bali minta pelajar berhenti tonton Upin & Ipin
Next: Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.