Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga ditahan Operasi Gempur Jenayah
  • TEMPATAN

Tiga ditahan Operasi Gempur Jenayah

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Tiga suspek lelaki dicekup polis atas kesalahan terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di Kabong.

KABONG: ‘Operasi Gempur Jenayah’ oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dengan kerjasama agensi lain sedang giat dilakukan dengan secara berterusan di daerah ini.

Semalam, sekitar 3.38 pagi, tiga suspek lelaki dicekup polis atas kesalahan terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan semua suspek lelaki berkenaan ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semalam, sekitar 3.38 pagi tangkapan telah dilakukan oleh anggota IPD Saratok yang melakukan operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Betong dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Betong di Kabong.

“Mereka yang ditangkap berumur antara 27 hingga 33 tahun.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati semua suspek positif dadah jenis amphetamine/ methamphetamine,” ujar beliau.

Ketiga-tiga suspek terbabit menurut Mordani, kini ditahan di lokap polis untuk permohonan reman lanjut.

Pihaknya juga akan terus giat menjalankan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan penagihan dadah khususnya di samping berkerjasama dengan jabatan dan rakan strategik yang lain.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh disalurkan terus kepada pihak AADK atau IPD Saratok untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Betong jadi Majlis Perbandaran menjelang 2030
Next: Prihatin isu banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.